Forex adalah singkatan kepada Foreign Exchange iaitu perdagangan
tukaran matawang asing. Ia juga dikenali dengan nama FX. Forex sebuah
entity kewangan yang terbesar di dunia dengan transaksi melebihi $1.95
trillion sehari!!. Forex adalah transaksi dimana kita membeli satu
matawang dan menjual satu matawang yang lain. Matawang ini
ditransaksikan melalui broker dan dalam bentuk pair (pasangan) sebagai
contoh British Pound dengan US Dollar (GBP/USD).
Antara simbol-simbol yang biasa digunakan dalam forex:
EUR = European Euro
USD = United States Dollar
GBP = Great Britain Pound
JPY = Japanese Yen
CAD = Canadian Dollar
CHF = Confederatio Helvetica (Latin for Swiss Confederation) Franc
NZD = New Zealand Dollar
AUD = Australian Dollar
NOK = Norwegian Krona
SEK = Swedish Krona
Setiap urusniaga dilakukan dalam bentuk Pasangan atau 'pair' seperti:
EUR/USD = Euro dengan Dolar AS
GBP/USD = Pound dengan Dolar AS
USD/JPY = Dollar AS dengan Yen Jepun
dan sebagainya...